Taman Bandaraya (Youth Park) Jln Kebun Bunga Pulau Pinang

Home >> Penang >> Pulau Tikus >> Taman Bandaraya (Youth Park) Jln Kebun Bunga Pulau Pinang

Taman Bandaraya Pulau Pinang, adalah sebuah taman rekreasi yang besar seluas 66.8 hektar ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan menjadi sesak pada musim cuti sekolah.Lebih dikenali sebagai Taman Belia, taman rekreasi ini untuk rakyat Pulau Pinang boleh diakses dengan laluan sehala melalui Persiaran Kuari di pinggir George Town.

Taman Bandaraya ini berasal daripada tanah kuari dan telah dibina pada awal tahun 70-an, bagi menyediakan kawasan rekreasi untuk para belia berekreasi.Taman Belia, iaitu nama yang diberi pada masa itu, mempunyai gelanggang luncur dan auditorium. Terdapat juga tempat untuk lapangan memanah, pentas terbuka, tapak perkhemahan dan laluan mendaki bagi yang gemarkan cabaran untuk ke Bukit Bendera dan tiga kolam renang termasuk kolam bertingkat dan landskap menarik untuk kemudahan orang ramai secara percuma.

Tiada bayaran dikenakan bagi kemudahan meletak kenderaan dan penggunaan tandas serta bilik persalinan setaraf hotel lima bintang di taman ini yang mula dibuka pada 1972.

Gambar lokasi: 
Lokasi Tempat Menarik::