Promosi Homestay Percuma (Versi B.Malaysia)

Home >> Promosi Homestay Percuma (Versi B.Malaysia)

Adakah anda Pegusaha/Pemilik  Homestay ?

Bagi para pengusaha homestay atau pemilik homestay di Malaysia, laman sesawang ini bertujuan menyediakan platform untuk anda  menerbitkan dan mengiklankan homestay anda secara percuma tanpa bayaran sesen pun. Anda dapat mengiklankan atau mempromosikan homestay anda kepada dunia luar dengan mudah dan percuma tanpa sebarang komisen. 

Bagaimana anda boleh mempromosikan homestay di laman sesawang ini ?

Seperti yang kita perkatakan sebelum ini laman sesawang ini tidak mengenakan sebarang bayaran pun untuk mempromosikan homestay anda (Iklankan homestay anda secara percuma )

Apa yang anda perlukan lakukan adalah dengan mengikuti  3 langkah mudah iaitu:-

(LANGKAH 1 )

  •  Buka akaun dengan 1malaysiahomestay.com

log in homestay

 

(LANGKAH 2)

  • Log masuk dengan username dan password anda.

login homestay

 

(LANGKAH 3)

  • Klik Create Homestay
  • Isi semua maklumat homestay anda di dalam borang yang disediakan dan hantar.

create homestay

 

Apakah maklumat yang perlu anda kemukakan ?

Selepas anda buka akaun dengan kami , anda boleh mula untuk mengiklankan dan promosi homestay anda  dengan mengisi  borang permohonan. Isi Tajuk Homestay dan penerangan mengenai homestay anda. Sila ingat bahawa dalam usaha untuk mempromosikan homestay anda, anda mungkin perlu untuk kreatif menggambarkan homestay anda dengan cara  memberikan pengguna maklumat yang terbaik mengenai homestay anda dan berupaya menarik minat pengguna untuk tinggal di homestay anda.

Apakah Bahasa Pengantar yang digunakan?

Bahasa pengantar yang dicadangkan adalah Bahasa Inggeris. Pelanggan homestay anda mungkin datang dari pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia ,maka untuk hasil yang terbaik untuk anda dan pelanggan anda, kami menyarankan anda menulis maklumat homestay anda dalam bahasa Inggeris, tetapi anda juga boleh menulis dalam apa jua bahasa yang anda mahu dan rasa selesa untuk menulisnya.

 Sekian Terima kasih kerana menggunakan laman sesawang 1malaysiahomestay .

 Yang Ikhlas,

 Ahmad Nazri bin Muhamad

(Pemilik dan Pengasas 1malaysiahomestay.com)